Assalammualaikum, Salam sejatera..
Apa yang anda lihat dan baca sebentar lagi sebenarnya sangat membantu untuk menjadikan video dari youtube ditukar kepada lagu dalam format MP3. Hasilnya anda boleh mengumpul dan menyimpan banyak koleksi lagu-lagu format MP3 dalam CD audio. Apa yang penting jangan pula dibuat koleksi untuk tujuan bisnes tidak bertauliah ya..
Gambarajah I
Gambarajah II
Bagaimana menukarkan video youtube dalam format audio MP3?
1. Buka laman sesawang http://www.youtube-mp3.org/
2. Anda akan melihat paparan seperti dalam gambarajah I
3. Masukkan URL video youtube anda seperti yang ditunjukan pada label A
4. Klik pada butang ‘Convert Video’
5. Seterusnya anda akan melihat paparan gambarajah II
6. Apa yang perlu anda lakukan hanya klik pada link yang berlable C untuk muatturun lagu tersebut.
Selamat mencuba, mudah-mudahan berguna untuk anda dan berguna untuk semua yang meminati koleksi lagu-lagu dalam format MP3. Apa yang penting? Jangan salah guna ya, kegunaan peribadi amat dialu-alukan.
| Bayangkan… Anda sedang mencari laman sesawang untuk mempelajari teknik dan kaedah penggunaan powerpoint serta teknik persembahan yang betul. Anda mencari tips yang berkaitan dan akhirnya bertemu dengan laman ini. Suka saya katakan, anda sekarang berada di tempat yang betul maka tidak rugi jika anda menjadi subscriber dengan mengisi email diruang yang telah saya sediakan untuk anda disebelah kanan kerana banyak lagi tutorial terbaru akan saya terbitkan melalui blog ini nanti. Siapa saya? |
![]() |









