Train the Trainee


KEPAKARAN seorang trainer bukan sahaja bergantung kepada kepakaran secara individual atau spesifik mengikut bidang tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

Seorang trainer memerlukan beberapa kriteria atau skil yang perlu diolah dan diketengahkan setiap kali berdepan dengan peserta serta perlu mengetahui teknik untuk menceriakan suasana dengan cara bersahaja.

Antara skil yang perlu ada pada seorang trainer adalah:-

1. KEFAHAMAN
2. KONSEP
3. KREATIVITI
4. MENDIDIK DAN MEMBENTUK SERTA MEMBINA

Serba sedikit huraian mengenainya agar lebih mudah untuk kita fahami bersama dan mungkin juga boleh diaplikasikan dalam tugasan harian individu.

Jika ditanya bagaimana menjadi seorang super star trainer yang dikagumi, di sini saya kongsikan sedikit mengenainya.

Saya sering mengaitkan seorang super star trainer dengan pasukan bolasepak yang memenangi perlawanan. Jika ditanya pemain yang layak ke bolasepak antarabangsa, pemain yang berkaliber dan berjaya mencipta nama negara disebabkan beberapa kriteria seperti:

1. Sikap percaya pada diri sendiri – tahap tertinggi
2. Gaya bahasa tubuh yang begitu meyakinkan
3. Enjoy, seronok dalam pertandingan & permainan
4. Tidak memikirkan kekalahan tetapi berusaha untuk bermain sebaik mungkin
5. Mempunyai kawalan diri tinggi/tenang menghadapi permainan
6. Elak sikap EGO – Saya jelah yang boleh menjaringkan Gol, saya saja yang tahu semuanya kemudian merendah-rendahkan audien yang hadir.
7. Tahu tugas sebenar dan posisi masing-masing
8. Tahu kelemahan dan kekuatan diri
9. Perlu mengetahui 4 formula iaitu:
a. STRATEGI BERMAIN & PENYUSUNAN
b. KEMAHIRAN MENGELECEK
c. TEKNIK/TAKTIKAL UNTUK MENJARINGKAN GOL
d. TAHAP MOMENTUM DALAMAN
10. Zone Psikologi
a. MENTAL & FIZIKAL
b. POSITIVE SELF-TALK
c. SECARA VISUAL MELALUI DIMENSI MINDA

Begitu juga seorang trainer yang mengaplikasikan beberapa teknik dan tips ini, maka sudah tentu cara persembahan ada sedikit peningkatannya dari semasa ke semasa dan yang paling jelas setiap trainer itu perlu ada sentuhan dalaman jiwa (personal touch) kepada setiap audien.

Seorang trainer yang berwibawa juga perlu tahu proses pusingan untuk memperkuatkan lagi persembahan, penyampaian, pemahaman dan kefahaman. Proses ini dinamakan 3D, ia adalah seni untuk mudah diikuti oleh audien kelak.

1.Determine (Skil pemahaman dan kefahaman)
2.Design and Development (Skil kreativiti)
3.Deployment (Skil latihan)

Insya-Allah, jika dapat mengaplikasikan dengan sebaik mungkin sudah tentu penyampaian akan ada perubahan dan peningkatan sedikit demi sedikit.

Advertisements

Tinggalkan pesanan anda. Terima kasih.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s