Teknik Suntingan Powerpoint dan Kamerfon.

Bismillah.

Data menunjukkan konten berbentuk video mempunyai capaian yang tinggi waktu ini di media sosial. Tapi bagaimanakah kita boleh menghasilkan video yang baik bermodalkan kos yang paling minima? atau dengan kata lain, guna modal sediada ditangan.

Jangan risau, untuk menjawab soalan ini, In shaa Allah akan diterangkan dalam Bengkel selama tiga hari(Terbuka/Public/Dalaman).

Jika tuan dan cikpuan berminat untuk menguasai teknik mudah hasilkan konten video yang In shaa Allah sangat membantu menaikkan produk dan perkhidmatan tuan dan cikpuan dengan hanya menggunakan MS POWERPOINT dan KAMERAFON.

Apa yang akan dipraktikan nanti?

1. Cara menggunakan SHAPE & Suntingan Powerpoint.
2. Cara hasilkan Power Templat (Elegant)
3. Cara Shooting Foto Digital Pengiklanan.
4. Cara Shooting video Pengiklanan.
5. Cara hasilkan After Effect Power Point.
6. Cara buat Suntingan video.
7. Cara hasilkan Digital Backdrop
8. Sumber perisian online.

Sebarang pertanyaan atau tempahan/sebutharga boleh diajukan melalui https://form.jotform.com/13111325066

Keperluan:-

1. Laptop perisian Powerpoint versi 2013 / 16
2. Kamerafon/SMARTPHONE.
3. Speaker.
4. Microfon.
5. Tripod/Stablizer (jika ada).
6. Kabel USB/Bluetooth (Fon ke Laptop).
7. Desk Lamp(Lampu Belajar).

Kursus dua hari hujung minggu juga In shaa Allah akan dijayakan di Kuala Lumpur dan Pekan Pahang Darul Makmur.

Sekian, Silaturrahim.

Kursus Suntingan, 3D dan Montaj Powerpoint bersama KEJORA Negeri Johor.

Bismillah. Seperti kebiasaannya kursus ini dijayakan selama tiga hari untuk lebih praktikal,  In shaa Allah.

Kali ini kursus dijayakan atas tiket jemputan dari penyedia latihan untuk menjayakan kursus di Bandar Pengerang Kota Tinggi Johor.

Saya bermalam di Hotel Aman Sari semasa kursus dijayakan. Tidak banyak yang dirakam kerana perjalanan kursus dan konten pengisian seperti biasa yang lebih kepada pendedahan, kreativiti, idea dan inovasi.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan berbanyak terima kasih kepada penyedia latihan kerana sering menjemput untuk menjayakan kursus Powerpoint.

Dibawah ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakam bersama peserta.

20170307_101620

20170307_101533

20170308_093623

Kursus bersama Staf Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang dan FELDA Kuala Lumpur.

Bismillah. Assalammualaikum W.B.T

Selesai sudah menjayakan kursus bersama pejabat MARA negeri Pulau Pinang. Seramai 30 penyertaan dari pihak MARA biarpun tidak semua kehadiran secara 100% atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ini adalah kali pertama berada di Pulau Pinang untuk menjayakan kursus Suntingan 3D dan Montaj Multinedia Powerpoint, perjalanan hamba dari Kuantan ke KLIA2 seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.

Kursus biasanya dijayakan selama tiga hari untuk lebih praktikal dengan apa yang telah dipelajari. Kebiasaannya juga nota tutorial disediakan namun peserta lebih tertumpu kepada tenaga pengajar, Lihat, Buat dan Praktik, In shaa Allah sampai jadi. Ini juga MOTO kursus agar objektif dapat dicapai.

Jemputan juga sempat dijayakan bersama staf FELDA yang dijayakan di bangunan FELDA Kuala Lumpur tingkat 27. Seramai 20 peserta telah mengikuti kursus ini yang mana rata-rata peserta dari seksyen pemasaran produk FELDA. Diakhir kursus, peserta telah membentangkan segala tugasan yang diberikan untuk nilaian tenaga pengajar.

In shaa Allah pihak kami sentiasa memberikan input dan output yang sekurang-kurangnya meringankan beban organisasi yang menganjurkan kursus dalaman, In shaa Allah.

Mohon hubungi kami pada bila-bila kelapangan untuk tawaran menang-menang agar kursus dapat dijayakan bersama. Hubungi melalui whatapps 017-6599572 atau email bisnessilaturrahim@gmail.com