Kursus Terbuka 2013

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Jadikanlah apa yang hamba-Mu usahakan bermanfaat untuk mereka yang ingin mempelajarinya. Disukai tanpa paksaan, mencari kerana mereka ingin mengetahuinya. Berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk terus berbakti, berkongsi ilmu yang sedikit dan terus berusaha memberikan yang bermanfaat walau diri ini terlalu kerdil dan banyak kekurangan. 

Ya Allah Ya Tuhan kami. Biarkan apa yang hamba-Mu perlihatkan melalui laman ini hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukannya agar mereka tidak rugi dengan pelaburan menimba ilmu. Jika benar perkongsian ini bermanfaat, maka Engkau permudahkan urusan mereka agar berpeluang menimba ilmu ini walaupun sedikit.

Jadikanlah hati mereka berbunga-bunga selepas mengikuti perkongsian ini, mudah untuk dilaksanakan dalam setiap urusan mahupun dalam perkerjaan sampingan. Aku mohon kebaikan dari-Mu ya Allah agar perkongsian ini tidak sia-sia kerana hamba-Mu belajar dan mengajar hanya kerana Allah Ta’ala. Aamiin.

Tuan puan yang dirahmati dan diberkati Allah.  Sedikit makluman mengenai kursus yang akan dijayakan untuk tahun 2013. Ini adalah antara kursus untuk organisasi, public dan jemputan bagi kursus berkaitan tentang Power point.  Segala maklumat lanjut akan dihantar melalui email untuk tindakan selanjutnya.

1. Kursus Teknik Visual dan Kreatif.

2. Kursus peringkat tinggi Teknik Visual dan Kreatif.

3. Kursus Video dan Animasi.

4. Kursus SWOT & SLIDE RECOVERY.

5. Kursus Persembahan dan Penampilan  Imej dalam pembentangan.

6. Kursus hujung minggu, POWER POINT CREATIVE di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Semua kursus diperuntukkan dalam 3 hari berkursus kecuali kursus hujung minggu. Tuan dan puan boleh menghubungi kami melalui borang online ini. Borang Pertanyaan/Tempahan.

Sorotan kursus 29hb Dis, 2012 bertempat di Dewan Ainon Mohd

Alhamdulillah, Kursus hujung minggu yang telah dijayakan di Dewan Ainon Mohd pada 29hb Dis, 2012 baru-baru ini.

kursuspowerpoint29hbdis20121

kursuspowerpoint29hbdis2012

Kursus yang mengajar peserta berfikir cara kreatif untuk menghasilkan kandungan slaid. Hasilan dari kursus sehari, peserta telah menghasilkan kandungan slaid yang jarang orang lain lakukan seperti pantulan 3D, imej freeform, multimedia, manipulasi dan trik seorang jurufoto.

Seramai lapan peserta telah menghadiri kursus ini, maafkan saya kerana dua peserta lagi tidak sempat saya mengambil foto aktiviti mereka.

Apa kata mereka selepas sehari berkursus:

Tuan Afizul Naim memberi ulasan, Banyak perkara baru dipelajari dalam kursus ini yang belum pernah diterokai sebelumnya. Kaedah yang mudah untuk menyediakan slaid menarik.

Cikpuan Khairul Bariyah. Ini ulasannya, Teknik perlu dimiliki oleh mereka yang sering membuat persembahan Power point. Saya dapat gambaran yang lebih meluas mengenai perisian ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan oleh perisian yang hebat ini. Terima kasih En Suhaily. 

Tuan Hafiz memberi ulasan. Teknik ini sangat penting kerana saya terlibat dengan penyediaan slaid dengan orang ramai. Sebelum ini saya pun tidak tahu teknik ini, banyak teknik boleh dihasilkan oleh perisian ini yang mana saya tidak perlu membuka Photoshop atau simple editing lain.

Tuan Azmi juga memberi ulasan. Skil dan teknik ini amat perlu lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam pemasaran produk atau perkhidmatan. Saya amat teruja untuk mempraktikkannya dalam bisnes saya.

Cikpuan Majidah seorang Guru memberi ulasan. Sebenarnya teknik ini setelah dipelajari amat mudah. Kreativiti sangat diperlukan untuk menjadikan persembahan lebih menarik dan kreatif. Kini lebih mudah dari Photoshop!

Cikpuan Nur Nabihah Bt Saadon pula mengulas. Penyampaian amat baik. Teknik dan skil ini amat berguna untuk mereka yang menyampaikan ceramah.

In Shaa Allah kita bertemu lagi pada bulan Feb, 2013. Pendaftaran online boleh dibuat melalui laman sesawang http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/

Nilai tersadai?

Assalammualaikum,

Mudah-mudahan setiap hari kita dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus dari-Nya, In Shaa-Allah.

Hari yang berbeza sedikit mengenai kupasan sebelum ini. Sedikit terapi untuk mengubati jiwa kepada yang lebih baik bagi mencari solusi juga menambah nilai mereka yang memerlukan agar situasi yang dihadapi tidak menjadi beban pemikiran.

Semua mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam, tetapi tidak mungkin ada perubahan jika hanya kata-kata tanpa tindakan, seterusnya tidak mungkin juga akan jadi kenyataan sekiranya asyik bermain dengan khayalan dan angan-angan.

Memberikan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini tanpa mengharapkan balasan. Saya yakin dengan izin-Nya, setiap sesuatu itu pasti ada ganjarannya, lambat atau cepat pasti ada, jika ia muncul pasti akan hadir pada masa yang tepat.

Persoalannya, adakah perkongsian menjadikan kita tersadai? putus rezeki ataupun seperti orang bodoh yang tidak mengetahui apa-apa?

  Stanley Marcus, Jr. 

“You will never get dumber by making someone else smarter.”

Tindakan?

1. Rendah diri, rendah hati,baik hati dan bersih hati. (cabaran yang perlu dilalui kerana bukan mudah untuk dilakukan)

2. Fikirkan solusi dalam situasi bagi mengurangkan bebebanan pemikiran (…diri atau orang lain).

Cabaran?

1. Kritikan tidak menjadikan anda kembali kebelakang. Sinis dan tersengih adalah lumrah bagi yang suka akan tabiat ini. (bersedia menerima kritikan setiap masa)

2. Walau ada kelebihan, jangan menjadikan diri lebih baik dari orang lain kerana impian yang mengunung menjadikan kita lupa sebentar tanpa disedari walaupun selepas itu kembali seperti sedia kala.

Berkata Imam Syafie :
“Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu” [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Nilai..

Mendidik, berkongsi, sadaqah, berkerja untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat juga satu ibadah yang tinggi nilainya. Dalam apa juga situasi dan perkongsian tidak akan menjadikan kita jatuh terkulai kerana memberikan sesuatu yang berharga kepada mereka yang memerlukan, malah ini menjadikan kita lebih baik (bukan lebih tinggi, darjat), bijak, berfikiran terbuka dari sebelum ini.

Satu perkongsian, mereka memperolehi sesuatu yang begitu bernilai, sesuatu yang baru yang mungkin tidak pernah dimiliki sebelum ini. Secara tidak langsung akan mewujudkan satu ikatan (relationships) silaturrahim yang kekal sepanjang hayat. In Shaa Allah.

Berikan sebagai keperluan agar tidak menjadi beban dalam pencarian. In Shaa Allah, saya akan mengendalikan kursus kreativiti Power point hujung minggu pada 29hb Dis, 2012 yang bakal tiba. Dengan beberapa pencerahan, seterusnya berkongsi e-book teknik kreatif sebagai rujukan selepas kursus nanti.

e-book powerpoint

Maklumat kursus, boleh layari  Masih dibuka sehingga 20hb Dis, 2012

Peringatan untuk diri saya yang sering lupa..

Ada guru sebelum guru, ada pakar sebelum pakar. Bila sudah menjadi guru, jagalah ilmu agar tidak basi untuk generasi akan datang.

Sorotan bersama Kreatif Power point

Program hujung minggu. Anjuran Kreatif Power point dibawah kelolaan Puan Hafidzah. Bengkel yang menekankan tentang kreativiti dan teknik manipulasi Power point. Kursus dan teknik manipulasi yang pertama di Malaysia, 100% Power point.

Walaupun slaid Power point bukan untuk para desainer namun kursus menekankan agar peserta berfikir cara kreatif seperti seorang designer untuk menghasilkan slaid yang berkualiti dalam pembentangan kelak.

Sorotan selama tempoh lima bulan sahaja, tim Kreatif Power point telah berjaya mendedahkan banyak kaedah, teknik dan skil yang perlu dimiliki khususnya para trainer, penceramah, motivator, guru, profesional, penulis, rakan IT, rakan bisnes dan juga pelajar. Power point bukan sekadar tahu atau biasa menggunakannya tetapi jika difokuskan secara lebih mendalam banyak teknik yang anda akan ketahui.

Post berkaitan Personal Knowledge  Agensi kerajaan yang memberi kepercayaan pada Kreatif Power point untuk mengendalikan kursus sebanyak 2 siri. Akademi JPJ Melaka Malaysia

Dibuka! Kursus persembahan video dan animasi.

Kursus tiga hari memberikan pengisian untuk menghasilkan video dan animasi dalam persembahan yang tidak melibatkan pembelian perisian yang lain dan mahal. Peserta memaksimakan penggunaan percuma untuk menghasilkan produk yang setanding dengan perisian berbayar. Walaupun menggunakan perisian percuma yang boleh dimuat turun melalu sumber internet tetapi hasilnya juga sangat berkualiti.

Apa yang ditekankan hanyalah kreativiti, teknik dan skil menggunakan perisian tersebut sehingga boleh menghasilkan produk diluar jangkaan. Seperti sebelum ini, ramai yang biasa menggunakan Power point tetapi tidak ramai yang betul-betul boleh menggunakan perisian ini dengan cara kreatif, unik lain dari yang lain.

Hari pertama.

Peserta diajar menghasilkan video dengan hanya menggunakan perisian Window Movie maker, Window DVD dan sebagainya. Bukan penghasilan yang biasa biasa tetapi video yang memberi impak dalam persembahan sebagai alternatif perkongsian maklumat samada dalam persembahan slaid ataupun secara online.

Peserta juga diajar menghasilkan templat yang berkualiti dengan menggunakan elemen-elemen tambahan yang terdapat pada perisian tersebut dan setiap slaid yang siap akan dimuatkan dalam bentuk CD yang mana kelebihan CD tersebut boleh dimainkan pada mana-mana komputer walaupun tanpa perisian Power point. Persembahan menjadi mudah, perkongsian juga menjimatkan masa.

Presepsi peserta perlu diubah! Majoriti mengatakan perisian percuma hanya boleh menghasilkan sesuatu yang biasa-biasa tetapi untuk kursus ini, jawapannya tidak sama sekali! Perisian percuma, jika berfikir cara kreatif, mahu melakukan sesuatu yang baru maka dalam masa yang sama banyak keunikan yang akan diperolehi untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Hari kedua.

Peserta didedahkan bagaimana menghasilkan video animasi seperti montaj dan animasi storyline. Kelebihan untuk hari kedua ini, teknik yang digunakan hanya 100% animasi Power point. Sesuai untuk menghasilkan animasi kreatif, montaj persembahan dan storyline beranimasi.

Hari ketiga.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap peserta mempunyai peranan masing-masing dalam pernghasilan video dan animasi. Bermakna, kemahiran peserta tidak akan berhenti selama dua hari tersebut tetapi masing-masing akan mengaplikasikan apa yang dipelajari selama dua hari dan dapat diteruskan secara praktikal selepas kursus nanti.

Di akhir kursus peserta akan dapat membina slide pembentangan dengan menggunakan pelbagai elemen multimedia yang disunting dengan sendiri. Disamping itu, peserta kursus juga akan dapat membina slide yang lebih kemas, video dan animasi yang lebih profesional.

Dapatkan sebutharga tetuan hari ini dengan menghubungi ditalian 017-6599572 atau isikan ruang pertanyaan dibawah atau daftar pantas melalui online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

P/S: Maklumat tambahan.

1. Nota tutorial
2. CD Tutorial
3. CD kosong
Disediakan oleh trainer. Kursus berkaitan Klik SWOT Slide Presentation

Super Trik menghasilkan ‘Bayang’ pada Imej

Assalammualaikum,

Ini adalah trik biasa yang jarang diketahui untuk menghasilkan bayang pada imej yang dimasukkan ke slaid Power point.

Biasanya kita menggunakan tool standard shadow yang terdapat pada perisian Power point tetapi tidak pada kali ini.

Standard tool yang dimaksudkan adalah imej disebelah kanan anda. Apabila kita banyak berfikir cara kreatif maka kadang-kadang ia mewujudkan sesuatu diluar jangkaan.

Teknik yang mudah cuma kadang-kadang sukar untuk melakukannya apabila ketandusan idea. Hari ini anda cuba lakukan langkah demi langkah, ikuti kaedah dan teknik yang dipaparkan.

1. Masukkan imej ke dalam slaid Power point.
2. Buat dua salinan pada imej tersebut.
3. Klik butang kanan tetikus pada imej yang ingin dihitamkan. (Poin pada ‘Format Picture’)
3. Cara untuk hitamkan imej. Poin pada ‘Picture’- Contrast (-100%) Power point 2007.
4. Tindankan pada imej asal dan letakkan imej yang dihitamkan tadi keposisi bahagian belakang seperti imej disebelah kiri yang bertanda A. (Send to Back)
5. Tarik imej yang digelapkan tadi secara perlahan ke bawah selari dengan perspektif kaki langit imej asal.

Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini.

Apakah perbezaan sebelum dan selepas mengikuti tutorial ini? Lontarkan pertanyaan atau pandangan anda dibawah. Mudah-mudahan kesulitan diselesaikan dengan mudah kali ini. Insya-Allah.

Nota: Kongsikan pada rakan-rakan menggunakan sosial media facebook. 🙂

Bersama Akademi JPJ Melaka.

Assalammualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati Allah. Mudah-mudahan rezeki dariNya tidak putus-putus, dengan izinNya. Aamiin.

Aktiviti mengendalikan Kursus Anjuran KREATIF POWER POINT dibawah kelolaan Puan Hafidzah Aziz untuk warga Akademi JPJ Melaka. Seramai 30 peserta mengambil bahagian untuk memantapkan lagi skil dan teknik perisian Power point.

Power point bukan sekadar tahu, bukan sekadar pernah mendengar atau pernah melihatnya tetapi sejauh mana kreativiti yang boleh kita tonjolkan.

Kursus telah berjalan sebanyak 2 siri hingga peringkat pegawai tertinggi dan Insya-Allah, siri ke 3 akan dijalankan tidak lama lagi.

PENCARIAN PROTEGE AKHIR TAHUN!

PROTEGE PAKAR POWER POINT

Kursus pencarian sekali sahaja dalam setahun. Peserta akan berpeluang untuk bersama saya mengikuti kursus yang akan dianjurkan bersama.

Peserta akan didedahkan dengan kursus yang lebih besar, lebih mencabar secara live.

Pemilihan dari segi kreativiti, usaha dan hasil yang asli menggunakan 100% Power point.

Kursus bersama nanti pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) dan kursus public atau in-house untuk 3 hari.

Penginapan akan disediakan, imbuhan juga akan diberikan kepada anda sebagai ptotege yang mahir dan kreatif.

Tugas anda:

1. Menjadi trainer kedua/pembantu/fasi dalam mengendalikan kursus sahaja.

SEBELUM layak untuk tugasan nombor 1, gunakan kreativiti anda mencipta sesuatu yang kreatif hanya menggunakan Power point. Muat naik dalam WALL anda dan tag untuk saya.

Cipta sesuatu yang unik, baru dan kreatif, pasti layak untuk tugasan nombor 1. Insya-Allah.

KRITERIA:

1. Komunikasi dengan peserta.
2. Biasa berhadapan dengan audien.
3. Kreatif, idea-idea yang unik.

Masanya untuk saya berkerjasama dengan tim yang mahir, pakar lagi kreatif dan unik dengan hasil masing-masing.

P/S: Beberapa tim telah pun diwujudkan sekarang ini. Berikan yang terbaik, hanya anda yang terbaik menjadi pilihan!

Kursus berikutnya pada 29hb September, 2012 (Sabtu)
Tempat:
DEWAN AINON MOHD
11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Yuran hanya RM150 sahaja.

Muhammad Suhaily.
http://pakarpowerpoint.blogspot.com/

Kursus Kreatif dan Unik Power Point tidak seperti kursus sebelum ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Mudah-mudahan anda dirahmati Allah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan, kekuatan juga keberanian untuk berubah demi masa depan yang benar. Aamiin.

Agak lama tidak memberi ruang untuk menulis berkaitan dengan maklumat mengenai kursus Power Point. Walaupun masa terlalu singkat tetapi saya mencuri peluang sedikit hanya untuk menguwar-uwarkan beberapa aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

Apa yang saya ingin sampaikan hanyalah sedikit tip berkaitan dengan fokus. Dalam apa juga bidang yang anda lakukan fokus sangat memainkan peranan penting untuk memberi ruang pada anda berkerja lebih jauh lagi. Dengan fokus yang amat-amat mendalam anda akan dapat memahirkan bidang itu lebih dari yang dijangka.

Selama beberapa tahun saya hanya memfokuskan Power Point sebagai produk utama dalam perniagaan. Hanya ada dua perkara yang perlu anda ketahui jika ingin mahir, pakar dan kreatif tentang Power Point. Apakah dua perkara tersebut?

1. Anda perlu tahu lebih terperinci, lebih mendalam mengenai Power Point agar apa yang anda hasilkan lebih unik, kreatif dan memukau berbanding dengan orang lain.
2. Anda perlu tahu teknik pembentangan berkesan walau hanya melalui Power Point.

Jika kedua-dua kemahiran ini dapat anda perolehi, tidak mungkin suatu hari nanti anda akan jadi pakar dan jika minat anda sebagai trainer atau pembentang yang berkaliber, saya sarankan anda fokuskan hanya Power Point dan mahirkan diri anda dengan dua kaedah tadi.

Jika anda mempunyai impian untuk berkerja sendiri sebagai trainer, cuba lakukan seperti apa yang saya lakukan sekarang ini, Hanya pada Power Point dan dalamilah apa itu Power Point kerana Power Point bukan setakat tahu, biasa mendengar mengenainya atau tahu biasa-biasa sahaja malah ia lebih dari itu. Anda juga boleh menghasilkan pendapatan walau hanya sebagai penceramah sambilan, berkerja sendiri sebagai penceramah jemputan untuk kursus Power Point.

Dalam Malaysia tidak ramai yang memfokuskan teknik Power Point, setakat ini boleh dikatakan saya masih tetap dengan Power Point sejak dari dulu cumanya secara underground dan tidak ramai yang tahu. Mungkin anda yang seterusnya, siapa tahu kan.. 🙂

Oh ya, lihat beberapa kursus yang dijalankan, kursus Power Point tidak seperti kursus sebelum ini. Kursus yang menekankan kreativiti, keunikan untuk membuka minda peserta mengenai Power Point. Pakar Power Point.

Jika ada yang berminat untuk mempelajari kursus keunikan dan kreativiti Power Point, Peluang untuk anda yang berminat untuk mengikuti kursus ‘Teknik Manipulasi Power Point’ (Think Like a Designer) yang berada disekitar Wangsa Maju, Gombak, Taman Melawati, AU Keramat/Setiawangsa dan Ampang. Khas untuk anda yang sering kali berfikir panjang bagaimana menjadikan slaid lebih unik, lain dari yang lain. Maka dengan itu saya ada jalan penyelesaiannya.

Saya akan bersama anda pada 23hb Jun, 2012 (Sabtu) untuk menjayakan kursus TEKNIK MANIPULASI POWERPOINT (Think Like a Designer) Hanya RM150 sahaja dan sebagai tanda penghargaan dari saya, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Selain dari ilmu yang dikongsi bersama, anda juga akan memperolehi sijil penyertaan melalui kursus sehari ini. Lihat sendiri beberapa kreativiti yang boleh anda lakukan hanya dengan perisian Power Point. Segalanya 100% Power Point. Anda boleh layari profil trainer iaitu saya sendiri di Pakar Kreatif dan Keunikan Power Point

Jika berminat untuk mengikutinya, daftarkan diri anda dengan segera kerana hanya 10 kekosongan sahaja. Jika benar anda ingin hasilkan slaid yang lebih kreatif, tidak seperti sebelum ini, ini adalah kursus yang terbaik dan khas untuk anda yang masih mencari lain dari yang lain. Layari web dan daftar di Pakar Kreatif dan Keunikan Power Point

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: