Imej

Mengapa Memilih Team Trainer Akademi PowerPoint.

Bismillah.

It’s not what we Do but How we do that make’s you difference and stand out from others. It’s not about going to do small things but about going to extra miles = ‘Creativity & Innovation’ that get us there.

It’s not about looking others but about looking oneself = BUAT TINDAKAN! = excellence! Next time when you find or google attractive, interactive, smooth PowerSlide then STUDY – TEACH – LEARN – EARN. You have a POWER just need to POINT your destination. Lambat atau cepat, usaha tangga kejayaan.

IKLAN PPT

KEMAHIRAN BERDASARKAN PENGALAMAN DAN SKIL PRAKTIKAL.

Saya Muhammad Suhaily George bin Abdullah selaku trainer utama untuk kursus PowerPoint telah bergiat dalam dunia latihan sejak tahun 2000 sehingga kini. Tahun 2000 – 2008 pengalaman sebagai tenaga pengajar khususnya dalam bidang vokasional kemahiran komputer, rangkaian dan pembangunan modul latihan skil di bawah MLVK kini dengan nama JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran)

Walaupun aliran halatuju skil(Pathway) disediakan oleh JPK khususnya, namun sebagai tenaga pengajar kemahiran, Saya perlu lebih kreatif dan inovatif untuk menyampaikan ilmu dengan kepelbagaian teknik dan kaedah. Selain kaedah pengajaran melalui cloud, blended learning, on job training, PowerPoint sangat menjadi keutamaan samada dalam sesi pembelajaran, seminar, orientasi, pemasaran dan sebagainya.

Tahun 2008 Saya melepaskan jawatan terakhir sebagai Head of Vocational Training & Under Graduate School di SEGI College KL. Bermula tahun 2009 sehingga hari ini, Saya memfokuskan latihan PowerPoint sedalam-dalamnya, orang kata STUDY – LEARN – TEACH – EARN dan In shaa Allah pendedahan mengenai teknik PowerPoint itu sangat sangat penting kerana ia bukan sekadar Persembahan Visual dan Saya percaya itulah peluang yang perlu diusahakan sebelum orang lain dan realitinya PowerPoint mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.

Sejak bergiat aktif dalam pendidikan Saya sentiasa mengemaskini skil penggunaan PowerPoint, sentiasa mencari dan mencuba sesuatu yang baru dengan pelbagai teknik gabungan antara tool PowerPoint, pemikiran, idea, rekabentuk dan kehalusan jari jemari untuk mencipta sesuatu diluar jangkaan sehinggalah mampu membuahkan idea dan kreativiti dengan teknik ‘Freehand Tool Visualization Skills(FTVS)’. Semuanya hanya dengan menggunakan lakaran imej diatas kertas dan dilukis semula dengan tool drawing PowerPoint.

Salah satu contoh yang boleh anda lihat adalah imej dibawah dengan teknik FTVS. Ini adalah kaedah membongkar potensi diri yang mungkin tidak pernah kita ambil tahu dan seandainya tahu mungkin seolah-olah ia perkara biasa tetapi sebenarnya ia satu tahap kemahiran tinggi dan mahal jika anda tahu menilai dan tahu siapa yang memerlukan kemahiran sebegini.

Teknik Lukisan

Bukan satu teknik, bukan hanya sentuhan seni jari jemari halus tetapi banyak yang akan dapat dihasilkan dengan kaedah FTVS. Tim kami memberikan tutorial secara terperinci dari A sampai jadi! Jelas untuk difahami! yang In Shaa Allah mengubah presepsi, memberi idea, mengubah cara penyediaan slaid dan pastinya tidak sama seperti sebelum ini. Contoh rekabentuk, bahan dimuatkan dalam fail PowerPoint, tutorial juga diberikan kepada peserta dengan paparan visual yang sangat mudah difahami dan diingati.

Lihat logo poster dibawah. Semuanya bermula dengan idea yang boleh anda terjemahkan dalam bentuk visual lakaran dengan tool drawing PowerPoint.

20190610_154515

Soalan. Adakah kursus ini akan mengajar desain atau rekabentuk semata-mata? Oh tidak, banyak teknik akan diajar dan skil FTVS adalah antara teknik bonus untuk peserta yang perlu dan wajib dimiliki sebagai pengguna PowerPoint dan sebagai tool dalam pekerjaan, pemasaran, persembahan, pengiklanan dan sebagainya. Kursus ini memberi kemahiran dan boleh digunapakai dalam apa juga bidang yang anda ceburi.

Lihat pula bagaimana anda boleh membuat pergerakan objek dan menghasilkan bahan slaid dengan teknik suntingan FTVS.

bumiberpusing

Mulanya  hanya dengan  bentuk flat shape beserta peta dunia empat segi namun dengan  kreativiti anda boleh hasilkan seperti video dibawah. Click n Play.

Selain dari pergerakan objek, seni suntingan untuk hasilkan bahan-bahan multimedia seperti e-cover, 3D Box reflection dan sebagainya akan dipelajari degan kaedah dan teknik yang mudah dan dari segi penyampaian peserta akan lebih mudah kerana mereka faham dan tahu apa yang dihasilkan dan ingin disampaikan.

Apa yang menariknya peserta akan dibekalkan dengan tutorial langkah demi langkah berpandukan pada topik pembelajaran. Ia agak teknikal tetapi amat mudah difahami dan disampaikan.

20191024_161828

Segalanya hasil dari seni sentuhan dan suntingan menggunakan tool drawing PowerPoint dan tidak perlu risau jika anda kurang yakin dengan suara halus dalam hati ‘Saya Tidak Kreatif’, In shaa Allah tenaga pengajar akan mengajar kaedah menghadirkan kreativiti dalam kursus ini nanti.

20191024_162749

Seperti yang disebut ada 30 teknik yang anda akan pelajari secara praktikal, buat sampai jadi baru puas hati. Ingat diminda, Lekat dihati dan kebiasaannya samada public ataupun In-House kursus akan mengambil masa selama 3 hari untuk lebih praktikal, In shaa Allah.

Selain dari itu anda juga akan mempelajari kaedah penyediaan slaid interaktif, lihat contoh video dibawah.

Sebenarnya banyak yang boleh anda lakukan untuk penyediaan slaid yang menarik namun ada beberapa perkara yang perlu dititikberat seperti warna, saiz dan jenis font serta penyusunan bahan dan teks juga amat memainkan peranan penting dalam penyampaian dan persembahan menggunakan slaid PowerPoint. Semuanya perlu diambil kira termasukkan cara penyampaian, jarak anda dengan audien, cara berbicara dan yang penting boleh atau tidak semasa penyampaian bahan slaid dapat dikaitkan dengan apa yang anda ingin sampaikan, In shaa Allah jika gandingan antara anda dengan slaid visual baik dan menarik, ia akan sampai ke hati audien.

Dos’ and Don’t juga akan dipelajari semasa kursus. Sekuarang-kurangnya anda akan tahu cara penyampaian yang berkesan, disukai, diingati dan diminati.  😊😍

Bagaimana pula dengan 3D? Ya, Anda juga akan mempelajarinya seperti imej 3D, 3D popup, 3D animasi dan sebagainya.

20191024_170958

Dibawah adalah teknik buang latar yang tidak diperlukan. Selain dari menggunakan tool sediada iaitu ‘Remove Background’ ada beberapa kaedah lain untuk melakukannya sehingga anda akan mencuba beberapa kali untuk melihat seni sentuhan jari.

20191024_170934

Selain dari seni suntingan, 3D, Animasi Storyline. Suntingan video juga akan diselitkan untuk menjadi pelengkap kursus di hari terakhir dan persembahan berkumpulan untuk melihat keterampilan peserta dari segi pemahaman dan kefahaman secara praktikal.

20191025_194147

Apa yang menjadi kekuatan perkhidmatan ini adalah tajuk dipelbagaikan dan hasilnya juga pelbagai walaupun perisian utama yang digunakan adalah PowerPoint. Anda boleh baca selanjutnya mengenainya melalui link ini. Buah Tembikai

Antara tajuk yang menjadi perhatian dan ada tarikan serta banyak permintaan ialah: Muatturun Tajuk Modul PowerPoint di Sini.

Sebelum ini ada peserta yang bertanya boleh atau tidak rekabentuk Banner, Bunting atau Poster menggunakan PowerPoint? Saya jawab boleh dan cuba lihat sendiri beberapa gambar yang sempat saya ambil, ya rekabentuk  dan kreativiti 100% PowerPoint. Klik dan lihat dalam ruangan ini ye.

Oh ya.. satu perkara yang suka saya kongsikan ialah, pelbagaikan kegunaan setiap servis atau produk yang anda tawarkan walau hanya dengan satu nama. Jangan berhenti belajar selagi belum mahir dan sekiranya terampil itu telah dikuasai teruskan belajar ilmu baru kerana semakin kita tahu semakin banyak yang kita tidak tahu.

Teruskan berkongsi kerana kita tidak tahu setiap ilmu yang baik itu pasti akan dimanfaatkan oleh orang lain. Setiap manusia ada keunikan sendiri, ada kelemahan tetapi pasti ada kekuatan yang menjadikan perkongsian itu sangat bernilai. Tanam dengan subur, Tuai buah yang lebat di Akhirat nanti, In Shaa Allah.

MAKLUMBALAS POSITIF DARI JABATAN KERAJAAN/KORPORAT/INDIVIDU ADALAH REZEKI YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI YANG LAIN.

Alhamdulillah, dengan pendedahan kelainan, keunikan, kreativiti dan Inovasi hasil dari kursus ini, banyak Jabatan yang menghubungi pihak kami setiap tahun dan ada dalam setahun 2 – 3 kali kursus diadakan oleh Jabatan yang sama, mungkin kelainan pendedahan dan perkongsian, testimoni serta mouth to mouth serta kemahiran tenaga pengajar untuk mendominasikan pelbagai elemen untuk menjadikan kursus ini lebih menarik. Ada diantara Jabatan tersebut menjayakan kursus yang sama sehingga 8 siri dan saya percaya ini adalah rezeki yang sentiasa disyukuri.

Baik, gambar dibawah adalah antara kisah yang sentiasa memberikan motivasi kepada pihak kami untuk terus memberikan yang terbaik khususnya kursus berkaitan PowerPoint. Pihak Tuan/Puan boleh menghubungi kami pada bila-bila masa kelapangan jika bercadang menjayakan kursus PowerPoint.

Dibawah ini adalah imej motivasi untuk kami terus berjuang dengan kualiti. Ini adalah pemarkahan ahli panel semasa dijemput sebagai Pensyarah jemputan bagi menjalankan kursus di Institusi Jabatan Kerajaan di Putrajaya.

Hampir 15 tahun saya memfokuskan teknik PowerPoint dan banyak imej motivasi yang diterima seperti gambar diatas namun cukup sekadar ini sebagai tanda pernghargaan kerana bukan paparan pemarkahan fokus utama tetapi pendedahan dan perkongsian terus menerus selagi khidmat diperlukan oleh peserta diluar sana.

Pihak kami bukan yang terbaik kerana ramai dan banyak lagi yang mungkin lebih hebat diluar sana namun dalam era bisnes globalisasi yang sangat mencabar dan berlumba-lumba ini pihak kami sentiasa memberikan yang paling maksimun mengikut kemampuan dan kemahiran serta keprihatinan penambahbaikan ilmu untuk semua peserta yang menyertai kursus PowerPoint.

15 TAHUN FOKUS PADA POWERPOINT

Saya percaya tindakan pantas sebelum orang lain adalah salah satu tangga kejayaan. Sejak 15 tahun lalu saya melihat apa juga bidang bisnes pun yang kita ceburi mesti dimulakan dengan TINDAKAN. Biar apa orang kata, usah hiraukan penilaian negatif kerana sebagai manusia kita boleh jadikan negatif itu sebagai tindakan positif, betul bukan? dan hasilnya diluar jangkaan.

Bukan itu sahaja, bisnes perlukan idea, kreativiti, kelainan dan kepelbagaian namun akhirnya akan berbalik juga pada TINDAKAN. Jangan berhenti belajar, sumber sangat banyak yang hanya perlukan TINDAKAN dan buat sampai jadi walau berkali-kali gagal, belajar pelbagai teknik dan sentiasa ubah strategi mengikut kehendak semasa.

Belajar analisi permintaan pelanggan, apa yang mereka mahu dan siapa antara mereka yang sentiasa mencari perkhidmatan anda. Jadikan strategi bagaimana pelanggan mencari anda bukan kita mencari pelanggan dan In shaa Allah kaedah dan strategi yang kami amalkan sejak dahulu banyak membantu pihak kami.

Apakah perkataan yang selalunya pelanggan akan guna atau taip untuk mencari pihak kami? Walau dengan hosting percuma yang kami guna namun strateginya banyak menjadi dan kami banyak bermain denganCoding behind the Scenes’

Anda boleh klik imej dibawah untuk melihatnya. Ranked teratas itu adalah sangat-sangat penting. Nombor 2, samada pelanggan memilih anda atau tidak, anda perlu bijak untuk berkomunikasi atas talian (telefon, email & SMS/WhatApps) dan memberi tawaran menang-menang antara kedua pihak agar program dapat dijayakan bersama, In Shaa Allah rezeki Allah tetap ada jika berusaha.

Jika Tuan/Puan berhajat untuk tahu lebih lanjut, mohon utarakan persoalan diruang komen. Apa yang kami tahu, kami akan kongsikan berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan Ilmu, In Shaa Allah. Ini adalah kaedah bagaimana membina BRAND dan tidak mustahil anda juga boleh melakukannya.

Baik, sekadar itu sedikit perkongsian mengenai BRAND, pokoknya servis atau produk perlu ada kelainan dan itulah yang kami bawa setiap kali mengendalikan kursus PowerPoint. Jika tuan berhajat untuk menyertai kursus terbuka (Public) In Shaa Allah Tuan/Puan akan merasai sendiri keunikan penyediaan slaid PowerPoint yang baik, menarik dan mengapa Kursus ini tinggi permintaan dalam pasaran.

In Shaa Allah bulan Disember 2019 kursus terbuka akan dijalankan di Kuala Lumpur, hubungi kami untuk tempahan tempat agar tidak penuh. Jumpa nanti.

Penceramah/Trainer Kursus PowerPoint di Malaysia.

MUHAMMAD SUHAILY GEORGE BIN ABDULLAH

P/S: Jemputan Penceramah/Trainer.

Kepada semua pusat latihan, Jabatan Kerajaan, Institusi Pendidikan, Syarikat Korporat yang bercadang ingin menjalankan kursus/bengkel dalaman(In-House/Public), mohon hubungi kami untuk jadual kekosongan dan proposal kursus melalui bisnessilaturrahim@gmail.com