Mengapa perlu ‘Slide Recovery & SWOT’


Assalammualaikum,

Satu pendedahan baru untuk mengambil inisiatif khusus untuk pembentang Power point di setiap organisasi dengan kaedah ‘Slide Recovery & SWAT SWOT Analysis.

Dalam banyak kursus yang dijalankan sebelum ini, inisiatif dan sokongan perlu dilakukan memandangkan ramai peserta akan lupa dengan teknik juga skil yang dipelajari sebelum ini. Dengan kaedah ini sudah tentu peserta akan dapat memahami cara menghasilkan slaid yang lebih profesional.

Antara teknikal yang sering dihadapi oleh pembentang Power point ialah:

1. Menyediakan graf dan carta.
2. Penyusunan text dan imej.
3. Tool mudah tetapi sering lupa untuk memulakannya.
4. Jenis font, saiz dan warna.
5. Warna latar slaid.
6. Teknik user friendly.

Untuk menyelesaikan situasi ini maka Slide Recovery dan SWOT diperkenalkan dan didedahkan kepada setiap pembentang.

Kelebihan kursus ini:

1. Peserta diminta membawa slaid sedia ada atau pun slaid yang selalu digunakan semasa pembentangan.
2. Peserta diminta untuk membentangkan slaid sedia ada.
3. Trainer akan memberi pendedahan cara, teknik dan kaedah slaid untuk menambahbaik slaid sedia ada.
4. Peserta melakukan analisis, mencari kekurangan setiap slaid, memperbaiki slaid sedia ada kemudian membentangkan slaid yang baru serta membandingkan slaid sebelum ini. (Secara individu atau berkumpulan)

Dengan kaedah ini juga, peserta akan dapat menilai setiap slaid atau pun isi kandungan slaid sebelum ini yang mana perlu diperbaiki dan ditekankan samada dari aspek desain, konten dan juga mutu persembahan. Diakhir kursus nanti peserta akan benar-benar tahu slaid yang lebih berkualiti dan berimpak kepada setiap audien yang melihat.

Dengan kata lain, selesai sahaja kursus peserta akan dapat menghasilkan slaid persembahan secara keseluruhan dan sekiranya ada pembentangan kelak, peserta hanya melakukan sedikit ubahsuai (editing) terhadap isi kandungan. Slide recovery dan SWOT adalah kursus terbaru untuk tahun 2013, kursus yang lebih menekankan kepada rombakan pada slaid, analisisi kepada yang lebih baik dan benar-benar berkualiti.

Kursus ini khusus untuk organisasi korporat, individu, IT, R&D, Pemasaran. Kursus akan dijalankan selama 3 hari.

Tinggalkan pesanan anda. Terima kasih.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑